aku bagaikan tidak mengerti akan perasaan ini
aku dapat rasa kan ia sampai ke panghujung
setiap gerakan aku rasakan berkaitan
namun cuba aku sangkal pe aku rasakan
tidak cukup rasanya amalku ini untuk menghadapNya
aku takut untuk tidur
mungkin aku tidak bernafas esoknya
raya bagaikan tidak raya
semangat raya itu hilang
seakan diganti rasa hiba
astaghfirullah hal azim
ya ALLAH jangan sesuatu yg boleh meragut senyuman kami sekeluarga berlaku
selamatkanlah kami walau di mana pun kami berada
lindungilah kami dari sebarang mara bahaya
janganlah kau ambil nyawa kami dalam kekufuran
aku akui terlalu banyak dosa sudah aku lakukan
tidak tertanggung badan bila diseksa nanti
aku ingin menjadi hambaMu yang mendiami syurga
tidak sekali mendiami neraka jahanam
ya ALLAH ampunilah segala dosa kami
ampunilah segala pengabaian kami terhadap segala perintah Mu
ampunilah kami kerana melakukan larangan Mu
janganlah Engkau murka terhadap kami
sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
ya ALLAH
tetapkan lah hati kami
kukuhkan lah iman kami
mantapkanlah takwa kami
sirnakan lah segala dosa kami
aku tidak sanggup menghadap Mu dalam keadaan yg hina
tidak juga aku ingin menghadap Mu dalam keadaan penuh dosa
janganlah Engkau masukkan kami ke dalam neraka jahanam
tak tertanggung rasanya berada di dalam nya
ya ALLAH
selamatkan lah kami daripada kejahatan dunia
selamatkan lah kami daripada kejahatan diri sendiri
selamatkan lah kami daripada kejahilan
selamatkan lah kami daripada kemusnahan
ya ALLAH
aku mohon kepada Mu
lindungilah kami, peliharalah kami, sayangilah kami
janganlah Engkau abaikan kami
redhailah kami ya ALLAH...
panjangkanlah umur kami
berilah kami kesempatan untuk bertaubat sebelum jasad yang Kau pinjamkan ini diambil semula
berilah kami peluang untuk memperbaiki kelemahan kami
berilah kami peluang untuk meraih pahala Mu
No comments:
Post a Comment
takkan bace je, meh le tinggalkan jejak ^_^