Wednesday, 8 August 2012

penghujung rasa ini

hadirnya bukan ku pinta
tidak ku nafi ianya indah
memekarkan taman di hati
mewujudkan impian yang tidak terhenti

aku lupa akan realitinya
ntah kan ya ntah kan tidak
mungkin ini gerak naluri yang terpesong
mengharap bulan jatuh ke riba

perit terasa bila lihat kemesraan itu
terguris melihat pengabaian ini
tapi ini bukan satu kesalahan
kerana ia hanya helah hati

ianya bukan pertandingan untuk dijuarai
ianya gerak naluri pembatas realiti
maaf kerana terbang terlalu tinggi
akhirnye jatuh terhantuk ke lantai bumi

bersyukur atas kebenjolan di dahi
satu nikmat untuk si alpa
mengajar untuk mengatur langkah bijaksana
supaya jauh meninggalkan kelalaian

terlalu jauh fikiran diawangan
tak tertangkap minda yang waras
khayalan ini harus dinoktahkan
agar tiada hati yang sakit

tiada guna untuk terus bermimpi
sedangkan realiti di sisi lebih indah
mula hargai  keistimewaan di sekeliling
untuk menjadi insan yang bersyukur
thanks for reading dear !

No comments:

Post a Comment

takkan bace je, meh le tinggalkan jejak ^_^