Thursday, 20 September 2012

assalamualaikum pembuka bicara..

begitu pantas masa berlalu..
meninggalkan pelbagai kenangan yang menjadi sejarah hidup seseorang..
begitu juga aku..

tidak ku sangka, sudah 7 tahun perkara ini berlalu..
tidak terasa yang ianya sudah lama meninggalkan aku..
suatu kenangan yang tidak mungkin aku dapat lupakan..
terlalu indah untuk dibuang dari lipatan sejarah..

kini, ia seolah-olah muncul semula..
setiap detik-detik manis itu bagaikan baru berlaku semalam..
keinginan untuk melalui saat itu bagai membuak-buak..
hati terlalu mengharap untuk ianya berulang lagi..

maafkan diri ini..
tidak dapat menafikan ianya pahit tetapi indah..
tiada rasional dalam tindakan..
membuatkan diri seperti si dungu yang terjerat dengan permainan sendiri..
betapa waktu itu aku terlalu taksub..

tidak ku duga..
aku akan mengimbas semula kenangan itu..
terlalu indah untuk dibuang, tetapi pahit juga untuk diterima..
daifnya fikiran..
semoga aku tidak lagi menjadi si dungu itu lagi..

dalam aku merayu ianya berlaku..
aku harus bijak mengatur cara..
agar aku tidak tersungkur dalam permainan perasaan ini..
aku tidak ingin menjadi si dungu lagi !!

mungkin hati ini inginkannya..
tapi mungkin juga ianya mustahil..
perasaan harus jelas..
supaya peristiwa si dungu TAK AKAN BERULANG LAGI..

thanks for reading dear !

No comments:

Post a Comment

takkan bace je, meh le tinggalkan jejak ^_^