Friday, 14 September 2012

ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari

assalamualaikum..
terlalu banyak mainan emosi saat ini..
mana salah silap, diri ini juga kebingungan..
yang pasti, pasti ada silap diri ini lakukan..

dalam keterujaan untuk merasa gembira..
tidak disangka, akan ada terselit rasa duka..
perasaan yang hinggap tidak berlalu..
masih kekal walaupun masa berlalu dengan pantas..

rasa seperti tiada guna untuk berada di sini..
jika kehadiran ini tidak dirasai..
mungkin ianya akan jadi lebih indah jika kesepian itu direlakan..
mungkin juga akan lebih nikmat untuk dibandingkan keadaan sekarang..

teruja untuk melemparkan senyuman yang tiada penghujung..
tapi, ketika ini diri ini terpaksa melemparkan senyuman perit ..
mungkinkah saki baki masa yg akan berakhir ini dapat juga aku rasai apa yang aku inginkan..
jika tidak, lebih baik diri ini berundur ke tempat sepatutnya..

rasa kosong ibarat tiada oxygen untuk dihirup..
umpama tiada ruang untuk diduduki..
adakah perlu aku melangkah pergi?
agar tiada dosa yang aku lakukan..

sumpah..aku tidak sama sekali ingin menderhaka..
aku sendiri tidak tahu mana kesilapan sehingga kedinginan ini terasa..
hati dipukul rasa menyesal untuk berada di sini..
ingin saja aku lari jika aku mampu menahan rindu di hati..

ku tahan mata ini dari melimpahkan rasa yang terbuku..
ku tahan dada ini daripada berombak kencang..
tiada lagi tidur yang ditemani air mata..
kerana ianya sia2..

akan ku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa..
akan ku usahakan untuk tidak membuatkan insan yang aku sayangi rasa terbeban..
walaupun aku terluka saat kata2 pahit berlalu di cuping telinga..
ku telan perasaan itu rapi agar tiada sesiapa tahu aku bersedih..

aku bukan pelakon yang hebat untuk menyembunyikan rasa hati ini..
dan aku yakin, mereka juga tidak naif dalam menilai tingkah laku ku..
ku akui, aku tersinggung..
dan ku yakin, mereka juga tersinggung..
namun, niat ku tiada yang lain melainkan aku ingin gembira dengan mereka..

aku tahu aku tidak pandai dalam berbahasa..
aku bodoh dalam berbicara..
aku naif dalam tingkah laku..
aku adalah gadis yang penuh dengan keinginan dan pemberontakan..

maafkan diri ini..
jika hadirku ini menyusahkan atau membebankan..
izinkan aku untuk pergi dengan tenang..
doakan kejayaan ku..
semoga suatu hari nanti aku mampu buat kalian tersenyum bahagia
thanks for reading dear !

No comments:

Post a Comment

takkan bace je, meh le tinggalkan jejak ^_^